LIONEL Messi sudah berjaya menjulang pelbagai trofi sepanjang kariernya dan mengakui sudah rasa cukup dengan pencapaian yang diraihnya itu.
Messi mencapai puncak impiannya pada tahun 2022 apabila berjaya menjuarai Piala Dunia bersama Argentina.
Peringkat kelab pula, Messi sudah menakluk Sepanyol bersama Barcelona selain turut beberapa kali menjuarai Liga Juara-Juara.
Di Perancis, Messi turut berjaya menjuarai Ligue 1 bersama Paris Saint Germain dan ketika menyarung jersi Inter Miami, dia telah meraih Piala Liga.
Sebanyak 44 trofi telah dimenangi Messi di kelab dan pasukan antarabangsa tidak termasuk deretan anugerah peribadinya termasuk lapan trofi Ballon d'Or.
"Saya tidak ada impian spesifik lagi kerana saya telah menang semuanya. Saya tidak mahu meminta lebih banyak lagi.
"Saya kini menikmati apa yang tuhan telah berikan," katanya.
Namun, ia bukan bererti jiwa kompetitif Lionel Messi akan menurun sebaliknya akan terus beraksi dengan Inter Miami kerana kontraknya bersama pasukan itu sehingga musim panas 2025.
"Saya tahu kemampuan diri saya, saya tahu bila saya akan berhenti. Sekarang, saya masih mampu bermain dan bersaing. Saya akan membantu semaksimum mungkin kawan-kawan di atas padang," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Mar 30 2024
Sebanyak 44 trofi telah dimenangi Messi di kelab dan pasukan antarabangsa tidak termasuk deretan anugerah peribadinya termasuk lapan trofi Ballon d'Or. - Foto Stadium Astro
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.
Kulit paha Faisal mungkin diguna untuk tampal luka lecuran
Pemain Selangor FC, Faisal Halim akan menjalani pembedahan 'split skin graft' (SSG) yang dijadualkan pada minggu depan.
Malaysia tiada hubungan dengan sayap ketenteraan Hamas - Fahmi
Begitupun, katanya, beberapa parti politik dalam negara mempunyai hubungan dengan sayap politik organisasi tersebut.
[TERKINI] Sidang Media Program Innovathon Musim Kedua
Ikuti langsung sidang media program Innovathon Musim Kedua bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
AWANI Ringkas: Sekurang-kurangnya dua minggu lagi untuk pulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Badminton: Biar jurulatih 'pening' hadapi Olimpik Paris 2024 - Rexy
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky mahu para pemain tenang menghadapi cabaran beraksi pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Kemungkinan penstrukturan semula MAHB akan beri manfaat kepada negara - Ahli ekonomi
Kemungkinan penstrukturan semula ekuiti Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan memberi manfaat kepada negara.
Enam bekas penuntut UPNM buli, bunuh Zulfarhan - Pendakwaan
Pendakwaan memohon Mahkamah Rayuan menjatuhi enam bekas penuntut UPNM hukuman mati kerana membuli dan menyebabkan kematian (bunuh) rakan mereka, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain.
Pegawai khidmat pelanggan syarikat perkapalan ditahan bersama 35kg ganja
Seorang pegawai khidmat pelanggan di sebuah syarikat perkapalan direman selepas disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di Subang Jaya dan Petaling Jaya.
Exco Pelancongan Perlis ditidurkan akibat komplikasi jantung, paru-paru
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Perlis Wan Badariah Wan Saad menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Lionel Messi cipta sejarah baru MLS dengan lima bantuan gol
Lionel Messi menjadi pemain pertama dalam sejarah Liga Bolasepak Utama (MLS) yang mencatat lima bantuan gol dalam satu perlawanan.
MLS: Lionel Messi tidak ambil masa lama untuk kembali meledak
Lionel Messi kembali menjaringkan gol dalam kepulangannya selepas mengalami kecederaan buat pasukannya Inter Miami.
Saya telah menang semuanya - Messi
Messi sudah berjaya menjulang pelbagai trofi sepanjang kariernya dan mengakui sudah rasa cukup dengan pencapaian yang diraihnya itu.
“Umur tidak akan menentukan bila saya bersara"- Messi
Messi juga belum tahu apa yang akan dilakukannya apabila besara kelak.
Argentina terpaksa lupakan Messi
Messi telah diketepikan daripada skuad Argentina untuk perlawanan persahabatan yang akan datang di Amerika Syarikat kerana kecederaan hamstring, kata Persatuan Bola Sepak Argentina.
Imej Messi berpakaian tradisional Arab dapat perhatian
Superstar bola sepak dunia itu kini pikul tugas baharu sebagai duta jenama pakaian mewah Arab Saudi.
Lionel Messi direhatkan ketika Inter Miami tewas kepada Montreal
Messi bermain dalam setiap minit tiga perlawanan pertama MLS musim ini sejak menyertai kelab diasaskan David Beckham itu pada Julai.
Aksi Argentina di China batal angkara Messi
Messi berdepan dengan kritikan selepas dia hanya berada di bangku simpanan semasa perlawanan persahabatan yang menampilkan Inter Miami di Hong Kong.
Lionel Messi diumum Pemain Terbaik FIFA 2023
Pemain tengah dari pasukan Sepanyol, yang memenangi Piala Dunia 2023, iaitu Aitana Bonmati pula dipilih sebagai pemain wanita terbaik tahun ini.
Messi belum raih satu anugerah lagi
Pemenang Piala Dunia dan Liga Juara-Juara sebanyak empat kali itu masih belum meraih anugerah Kaki Emas.